Thursday, December 23, 2010

My Bestfriend Wedding

So damn lazy to update blog.. but have to coz can't wait to put the beautiful picture.. basically this post is only to show the picture n to make sure this blog diupdate.. hohoho...;p


anyway picture pre-wedding hari tu already received.. so all the geng lanun try to find their own picture.. hahah..;p


dah macam nak runtuh dah pelamin tuh.. to all geng lanun yang not marry yet, please prepare pelamin yang besar sikit k..

aksi lompat memang aksi wajib for all wedding function.. hhohoho...;p

so damn beautiful beb.. i loikeee...... the photographer very2 sporting... n of course all my geng lanun very2 sporting... bak kata diaorang, "BIAR MINYAK KETA HABIS TAPI JANGAN BATERI KAMERA KONG"... hahah.. so sengal....;p

ANYWAY TO MY BESTFRIEND, SHIDAH THIS POST SPECIAL FOR YOU.. WISH U HAPPY TILL D END WITH UR LOVELY HUSBAND, NAJIB (YANG SANGAT BAIK MELAYAN KERENAH KO...;p).. huhu... N DAPAT ANAK RAMAI2.. INSHAALLAH SATU TEAM FUTSAL PON JADI R...:)

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru

sekejab jek dah tahun baru... tulah nak menghafal tahun islam sikit punya susah.. tahun mat salleh memang dah ada dalam kepala kan.. tulah masalah diri sendiri...

anyway meh la kita sama2 baca doa akhir tahun n awal tahun...


SEMOGA TAHUN NIH MEMBERIKAN KEBERKATAN KEPADA KEHIDUPAN KITA... N BANYAK MENGUBAH KE JALAN YANG LEBIH BAIK.. INSHAALLAH....




Wednesday, December 1, 2010

Ini Adalah Post Untuk HusbandKu...

Hohhoh.. macam giler update blog kan.. husband punya story pon nak update blog... arggghhh peduli... hhehe.. actually last 2 days means last Monday suddenly my husband call.....(memang la everyday pon call tp nih macam nak sedapkan citer jek...huhu..) dia pon cakap....

"awak tepon saya screen dah takleh nampak, so nih guna tepon shidah..(kebetulan member husband aku nih sama ngan nama member aku.. hehe..)..
aku pon dengar kesian n terharu kan.. bukan sebab apa nanti malam dah takleh wish good nite.. chesss.... anyway citer sikit pasal tepon husband aku sikit.. please refer below..heheh...


inilah teponnyer.. yang telah jadi tepon classic.. suka2 jek kutuk.. yelah orang dah berapa kali change phone dia tak ubah2.. dah 5 tahun dah.. in the end have to change becoz tak keluar screen.. anyway before takleh kluar screen nih, sms takleh reply.. yang boleh taip adalah "OK".. so apa2 yang ditanya akan dijawab ngan "OK".. hehe... n dah warning dah suh tukor tepon tapi degil kan... last2 screen tak de baru nak tukar...ish..ish...

ok habis story pasal tepon lama.. then citer pasal tepon baru.. actually my lovely husband is very2 setia.. terhadap motorolla... inshaallah to his wife too...:=)
so cari la gak tepon motorolla... dah ler susah nak cari.. finally he got it what he want...


nilah tepon nyer.. smart kan.. tapi duit yang kluar pon smart gak... heheh.. if i be him, baik sambar Iphone 4... hehe.. but different person different taste.. is it right.. so nilah taste dia... huuh.. terbang la RM1,650.. hohho.. then dah dapat tak tau nak setting... hhahahaah... tulah orang dah cakap suh explore IT sikit taknak.. hehhe...

OKLAH END OF STORY.. SEMATA-MATA NAK CERITA PASAL PHONE HUSBAND KAN.. TAKDER KEJE SANGAT LA TUH...HEHHE....

Monday, November 29, 2010

Weekend Activity

Activity this weekend.. after office dengan gamble nyer aku drive ke Lumut from KL.. huhuh.. tapi as usual cabut opis awal.. kol 4.30 dah cabut.. oklah tuh kan awal half an hour je pon.. heheh...

sampai2 Lumut kebuluq... pas maghrib g makan seafood.. kata Lumut tak makan seafood tak Lumut ar kan.. heheh.. makan ikan steam halia, sotong bakar n tom yam.. betapa kebuluqnyer kitaorang smpai lupa nak amik gambo..hehe...

sabtu pagi pulak... breakfast roti canai marvelous kat tepi jalan.. damn kuah dia sedap giler kot.. roti dia..fuhhh..lembut.. hhehe... kalo kat KL mamak tak abis2.. tuh jek yang ada kan..
tengahari... layan Pizza Hut.. tah apa2.. layan Pizza Hut kat Lumut.. ish..ish.. tak Lumut langsung seh.. KL ada Pizza.. tak pe ar Pizza sedap gak.. pastuh makan ngan orang yang mengketadarah.. (betol ke spelling tuh) bantai jeler... giler diaorang nih. makan 5 slices yg regular.. pastuh bantai chicken wing lagi.. pastuh bantai soup lagi.. ada bela apa.. ish..ish.. padan ler perut macam tuh.. heheh... sorry2 terkutuk.. lupa lagi nak amik gambar perut2 diaorang...;p
Malam tuh takder activity, hujan lebat giler babeng.. nak g pantai pon terbantot.. last2 lepas hujan berenti layan western food pulak.. hehhe... hampess tol lupa lagi amik gambar...

then the next day.. ahad d last day.. aduhh sekejabnyer.. masa berlalu.. bfast kat mcd... pastuh lunch layan nasi ngan air asam ikan keli.. huhuh.. layannnn... kol 3 layan citer Rapunzel.. hehhe.. best gak citer nih ek...hehe... n petang.. nihla activitynyer.. g ke Teluk Senangin... boleh pulak amik gambar kat sini....


cun giler... sunset... huhu... if ada camera btol lagi cun.. nih yg ada camera kat tepon jek.. jadiler..

nih couple yang makan tak habis2... hehhe... my b....;p

lawa slipper beb.. beli kat mana.. huhu...

comel ketam nih.. tak der besau lagi ker...

TUHLA ACTIVITY MASA WEEKEND.. TAKLER BOSAN DOK UMAH KAN.. PASNIH BOLEH DRIVE G LUMUT LAGI.. BANYAK AKTIVITY TAK BUAT LAGI.. PANGKOR PON TAK JEJAK LAGI...
NOW.... BOSAN MENGADAP KERJA.. NAK MUNTAH2 DAH NIH TGK EXCELL NIH.. HHUHU.. BILER LA NAK TUKAR KEJE.... BOSANNNN....

Friday, November 26, 2010

Tudung.....

Suddenly pagi nih terbaca pasal issue tudung nih... sangat menarik untuk dikongsi kot..
N this issue also i've been through before... n before i'm wearing the hijab, i'm also question
"ala if pakai tudung perangai macam hampeh nak buat apa"
"ala setakat pakai tudung tapi tak semayang baik tak payah"..
then my brother sound...
"apsal nak bandingkan ngan orang yg bertudung tapi perangai camtu.. y not compare with truely pompuan muslimah.. yg memang pakai tudung n jaga semua benda2 tuh.. tudung macam solat gak.. apa yang yam rasa if tak semayang?? so it the same thing perintah Allah.. so if kita tak semayang kita akan rasa semacam so macam tuh gak tudung.. takder istilah bersedia or tidak untuk pakai tudung.. whether u bersedia or tidak, ikhlas or tidak, kena pakai coz tuh perintah..."

then my brother words keep playing in my mind... n alhamdulillah now i'm wearing a hijab.. but.. honestly to say.. untuk nak pakai baju macam muslimah.. very2 difficult.. even i'm wearing hijab i'm still pakai baju yang sometimes menunjukkan susuk tubuh n ketat.. i now it is wrong.. but i can't control myself untuk tidak pakai baju2 tuh..huuuhhh.... inshaallah i'm try mengubah diri sikit demi sikit.. inshaallah.. (tuh lagi satu alasan yg supposely tak perlu ada....huhh...)

below is the article yg menarik from Ustaz Zaharuddin punya blog...

1) ISU TIDAK MAHU BERTUDUNG TANPA IKHLAS KERANA TIDAM MAHU HIPOKRIT SETA TIDAK MAHU BERUBAH KERANA DISURUH

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis. Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

SEMOGA ARTICLE NIHMENJADIKAN KITA LEBIH BAIK DARI SEBELUM NIH K..

SESUNGGUHNYA BIARLAH HARI IN I LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.. INSHAALLAH....

Monday, November 22, 2010

Macam-Macam Jadi

Lama giler tak mengupdate blog nih.. asik2 mengupdate blog business..hehhe.. nak buat camna nak cari duet lebih..uhuhuh... Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianyer dapat kita berkumpul di pagi yg mulia nih.... ish..ish.. tuh ayat kebiasaan if nak berucap... heeheh.. nih bukan nak berucap ok..;p anyway aku sangat bersyukur sejak akhir2 nih rezki melimpah ruah.. business berjalan ngan lancar.. apa yg diplan pon berjalan ngan lancar... masa raya hari tuh nak mengupdate nak letak gambo raya pon pemalas...memang susah jadi pemalas kan.. tapi bab2 cari duet rajin jek.. memang mata duitan betol......huhuhu...

1st of all nak update sambutan deepavali aku di JB.. heheh... 1st day sambutan deepavali adalah pergi karaoke bersama teman2 ku di JB yang telah menghasut aku masuk.. even suara sumbang terpaksa ler aku menyumbangkan lagi suara.. heheh... lawa gak seposen tempat karaoke baru nih.. aper ke benda tah nama tempat nih.. Ali Baba Kot.. macam ala2 arab jek..

sambutan deepavali lagi meriah apabila aku mengenakan shawls ala2 color deepavali kan... ehm..ehm... nih minum dulu bagi suara kow2...

muka happy after menyumbangkan suara.. hehe..

tgk ala2 arab kan.. siap ada unta lagi.. bagus kitaorang punya shawls ikut theme macam ala2 minah arab..hehe...

nih aktiviti malam.. makan2 untuk isi tenaga photoshoot pre-wed shidah..heheh...


gambar lebih siot..

nyummmm...nyummm....

MORNING SESSION TOMORROWNYER





i loike.... memang suka bergambo takleh buat apa ar.. gambar bakal pengantin nyer setoet jek.. gambar dayang berlambak2... syiok sendiri.. haahhah... letih giler siot.. satu JB round semata2 bergambo... ish..ish...

LAST SESSION NAK CITER PASAL RUMAH.. HEHHE... LAMBAT BETOL KAN...
alhamdulillah finally we got our own house.. lepas nih akan selalu la sengkek nk bayar rumah..heheh...

inshaallah nih la bakal rumah kitaorang lagi 2 tahun.. now under construction.. inshaallah semua berjalan ngan lancar.. now nak byr deposit jek dulu.. alhamdulillah one mission berjaya.. hope we can life happily ever after.. cheh.. macam cinderella pulak kan.. memang berangan nak jadi cinderella.. anak raja tak dapat anak makcik enab pon jadi la... hheheheh... ;p

Thursday, September 23, 2010

My Family Video

HAPPY, TERUJA, SEDIH, TERHARU N 1000 FEELS THAT I FELT WHEN SEE THIS VIDEO.. TETIBA RASA NAK NANGIS...ISK..ISK....

NIH LA VIDEO NYER... U MAKE ME SMILE..
CREDIT TO FATIE MY SISTER....:)

Thursday, August 19, 2010

Puasa.......

lamanyer tak update blog nih.. suddenly rasa nak update.. malas giler + keje bertimbun2..(alasan..hehe...) Apsal ler.. pagi2 dah rasa cam nak nangis..huhuh...;( sbb tuh rasa nak update... but what i want to write takder kena ngena ngan rasa nak nangis aku nih...;p

posa tahun nih mcam membosankn sikit... but ada gak bestnyer.. dapat merasa solat terawih kat bangsar... buka posa ngan Kak Jun adalah new thing untuk aku.. nak buat camna husband dua2 orang jauh.. so terpaksa nak taknak buka sama2 at least ada geng... n ada geng untuk terawih sama2.. after opis g buka posa, then solat maghrib n terus terawih.. tak de nyer mandi2.. heheh.. takpe dah sedia wangi kan..;p Last week pulak dapat gak merasa buka posa kat umah member kat Puncak Perdana.. dia masak.. rajin tol ek.. bila ler diri sendiri nak rajin masak.. huuhuh... n after buka posa g surau Puncak Perdana solat terawih.. bestnyer if everyday dapat buat ibadat macam nih kan..;) last Monday pulak bbuka ngan my sis kat Kelana Jaya.. uishh giler jam.. bertolak dari opis 5.30 smpai lg 2 minute nak bbuka.. giler ar.. ksian pulak tgk minah tuh bbuka sorang2..;p (padahal kesian kat diri sndiri kan..) tuh yang smpai ke KJ...

this week tak balik lumut.. My B balik KL tapi tuh pon sabtu.. so esok kena ler bbuka sorang2.. tuh yang tak membestkan posa thn nih...:( dulu before kawin everyday buka sama nih dah kawin weekend jek buka sekali.. tuhlah maybe tuhan nak duga kan.. tak pon nak hapuskan dosa2 sebelum kawin yg hari2 kuar tuh... inshaallah....:) Last week bbuka kat Lumut.. best gak.. tak pasal2 join ngan member2 My B...;p

TODAY... emmm.. nampak gayanyer kena bbuka sengsorang ler.. nak g sevis keta pulak.. huhu.. keta nih buat hal pulak.. nak buat camna terpksa ler buat sndiri dah dok sorang2.. bak kata orang tuh takkan nak tunggu keta tak gerak baru nak g hantar.. huhuh... hopefully servis keta tuh tak lama ler.. kang tak pasal2 bbuka kat workshop... hehe.. mari sebokkk..

HOPEFULLY THIS RAMADHAN GIVE ME KESABARAN, KETABAHAN, KEBERKATAN N DIAMPONKAN DOSA-DOSA YANG LEPAS... INSHAALLAH.. AMINNN.....

P/S: UMI N ABANG BILA NAK MUNCUL DALAM MIMPI.. DAH LAMA GILER TAK MIMPI.. RINDU SANGAT2...:(

Wednesday, July 21, 2010

Licin..licin....

Last week going back to JB... niatnyer just untuk amik Sijil Nikah.. What d... almost 6 months kawin baru nak amik.. n as usual niat sebenar tuh terpesong... For me to amik Sijil Nikah supposely don't have to guna duit pon.. but when niat tuh terpesong.. nilah jadinyer.. duit sudah licin.. 1st day at JB melawat my mummy n daddy kat umah Abg ipar ku.. n before mummy balik, saje nak bawak jejalan.. n supposely bawak jalan2 just perlukan kereta.. but when singgah to Plaza Pelangi tuh, niat pon terpesong.. n terpaksa tershopping...

n 2nd day hanging out with my BFF n tengok wayang kat LeisureMall. tengok citer Inception... Leonardo Dicap berlakon.. habis citer tuh sakit kepala aku.. citer tuh berat tapi syokk tengok.. n after tengok wayang tershopping lagi.. chess..

last... day 3.. malam tuh g rumah my cousin jumpa auntie aku.. lama giler dah tak jumpa.. lama sikit dok umah, suddenly my cousin kluarkan 1 big box... damnnn.... Nike.. original ok.. bukan Siam mari.. best giler kain dia.. n suddenly tangan terambil satu... satu... n satu.. damn.. 6 helai.. ish..ish... takpe2 sekali sekala... n for the 1st time beli Nike Brand.. tak pernah2 beli.. anyway material dia sangat best... so my duit sude licin... ish..ish... nihlah baju yang telah terbeli... huhuh...

opss... apsal dari 6, 3 of it color pink.. owh anyway the red color is for Hubby.. sayang sila tengok baju awak tuh.. hehheh... nanti jumpa saya bawak eh...;p

n penghujung citer, dah seminggu lebih tak jumpa my hubby.. rindu bangat sama kamu.. disbbkan rindu terpaksa letak his picture untuk tatapan sendiri...eheh...

hensem gak seposen husband ku ini.. heheh...tapi awak dah gemukksss....;p

Wednesday, June 30, 2010

Makan-makan

Becoz of office nih tetiba aircond rosak and kepanasan yang amat n mood keje pon suddenly down (alasann.....heheh) so terpaksa ler aku letak gambar2 makanan yg sedap2 nih.. Last week naik bas g Lumut.. bertemu husband yang dirindui.. hohoho... ayat tak tahan... so sampai dekat kol 1 pagi.. Supposely naik bas kol 6.30ptg. then ari jumaat after opis aku bergegas ke Hentian Duta untuk menaiki bas.. n tunggu punya tunggu bas tak sampai2.. at last bas tuh sampai kol 8.15mlm... berjanggut aku tunggu... tuh yang sampai Lumut kol 1 pagi tuh... tiada apa2 aktiviti di waktu malam coz sampai terlalu lambat... sempat pekena mamak jek sebab dah kebuluq...

So esok pagi pon still takder activity coz husband ku kena kerja... hohoh.. terpakse ler layan citer "Cinderell Ever After" kat Service Apartment husband ku.. tgahri dia call ajak g lunch then ikut dia g opis... tengok la kerja2 dia.. scary gak dok kat site ek.. dengan kontena bersepah2.. batch (betol ker spelling nih..) yang under construction.. uish... giler ar.. n after settle2 keje kat opis baru la g ENJOYYY...hehe...

1st activity, adalah... makan durian di Teluk Batik..

layan giler durian nih..

plan nak mandi pantai.. tapi dah maghrib la pulak.. mana taknyer makan durian tak ingat dunia... heheh...

activity seterusnyer adalah... MAKAN LAGI....
melantak seafood kat Lumut.. tapi takleh lawan umbai ar..

muka bosan tunggu makanan...

tengok ar.. ikan steam, sotong goreng tepung, pari bakar, udang pedas n last kailan ikan masin.. uish.. marvellous...;p

On Sunday Balik KL semula... tumpang member B... sampai2 KL tetiba nampak durian kat SS2.. RM10/person.. eat until u die...(hehe.. reka jek ayat tuh).. tapi yang penting makan berapa byk ko nak makan.. tapi still bayar RM10 sorang.. so sapa yg tak makan banyak rugi ar bawak.. 2 orang member my B n aku makan dekat 10 biji.. giler ar.. pastuh malam tuh bukak aircond sekuat2nyer... panas siot....

BESTNYER G LUMUT.. NAK G PANGKOR LAUT.. AWAK BELANJA BOLEH....HEHHE...;=)

Tuesday, June 15, 2010

Amy's Wedding....

Last weekend sangat berjalan (ayat apakah ini..fail BM)... Wednesday nyte g trganu.. Tengok Abah yang baru lepas kena laser... coz of batu karang.. n tgk anak2 sedare yang dah lama tak tgk.. heheh.. semakin nakal.. rasa cam nak bagi ubat tido suh semua tido...hahahah.. memain jek.. suka suki jekkk... Stay kat tganu 2 hari then balik KL on Friday nyte.. sampai KL pagi tuh, rest sekjab then drive g Ipoh...

tengok muka budak yang nak kena bagi ubat tido nih...heehhe...;p


Sampai Ipoh tghari, straight to Ipoh Parade.. boleh tahan la gak Ipoh Parade tuh.. banyak benda.. tujuan asal adalah untuk pick up my B. then tetiba terlayan Starbucks jab.. ish..ish.. pastuh suddenly terbeli plug Iphone.. yelah sapa suh pandai sangat g hilangkan plug tuh kan.. nasib baik ada yang tak berapa nk original... heheh...;p

that nyte pegi wedding amy yang 1st... weh banyak kot majlis nyer... nanti I show u yang 2nd....;p

Seperti biasa sampai2 kena amik gambar.. luckily ada cameraman yang tak bertauliah...:)

1st couple...

2nd couple...heheh... me and my husband...:)

nih bersama cameraman tak bertauliah... my youngest brother...YUS...

orite.. this is the bride and groom...



cantiknyer... heheh.. finally Amy became Jan wife...:) alhamdulillah..
ok this is the closing picture for that day....

gambar ngan pengantinnyer stoet jek.. gambar syok sendiri berlebih2...
ok the next day picture.... at Amy's wedding yang kat rumah...


Sorry Amy salah amik ar.. tertutup mata la pulak.. whatever pon u look gorgeous...:)

Kenapa awak g tutup mata pulak..ish..ish... dah tak hensem tau....;p

So after the wedding, kereta Zulie cermin kena pecah.. Malaun mana la yang buat keje2 tuh... pastuh amik bag baju.. bukan ada apa2 pon.. eee.. kenapa la jadi camtuh kan.. Semoga Allah mengubah perangai si Malaun tuh jadi baik n insaf sikit... ishsh...kesian kat org yang kena pecah cermin n including Zulie.. menyusahkan tau.. nak kena g workshop la, balai polis ler.. eeee...... geram btol..

Becoz workshop tak bukak, terpaksa ler mencreativekan diri.. beli sampol plastic than balut jek kat tempat cermin pecah tuh... pastuh bila settle, Zulie n Ezmin teman g Lumut hantar my B... n hari tuh aku sampai rumah dekat kol 11... uish penat giler babeng.....

FOR MY BFF, AMY ZURINA AND ALSO HER HUSBAND, JAN, WISH U ALL HAPPY AND BAHAGIA HINGGA ANAK CUCU... AND DAPAT ANAK RAMAI2 EH...HEHEH.. FAMILY KORANG DAH TAK SABAR DAH NK CUCU TUH...;p