Wednesday, June 3, 2009

Ingredients E-476 Adalah Halal...


this morning i got email that bagi explanation about E476 dari Sijil Halal..

Salam sejahtera dari Halal Industry Development Corporation (HDC) dan terima kasih diucapkan terhadap emel yang telah diberikan oleh pihak cik.

Merujuk kepada pertanyaan Cik, ingin dimaklumkan bahawa Network Foods Industries Sdn Bhd adalah pemegang sijil halal dari HDC.

Di bawah adalah komen daripada bahagian Audit dan Pensijilan HDC mengenai isu produk ini:

1.Snek jenama Crispy keluaran Network Foods Industries S/B dikilangkan di Shah Alam.

2. E 476 yang digunakan di dalam produk ini juga di kenali sebagai PGPR atau Polyglycerol polyricinolete , sejenis bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan (Castor seeds/soya bean). Ingredien E 476 (PGPR) ini telah mempunyai sijil halal.

3.Produk ini, (Crispy) telah telah mendapat sijil halal dan sijilnya masih sah lagi (1/10/2008 - 30/9/2010).

4.Sebagai pengguna, tiada masaalah untuk memakan snek ini yang dikilangkan di Malaysia/buatan Malaysia kerana ingredien yang digunakan telah jelas dikenalpasti dan jika ada ramuan yang kritikal ianya telah ada sijil halalnya.

5. Setakat ini tiada lagi bukti yang PGPR ini dihasilkan dari sumber haiwan secara komersial.

Kami berharap pihak kami telah dapat membantu pihak cik.

sila layari website ini untuk lebih lanjut.. huhuh.. http://www.knowledge.hdcglobal.com/hdc/search.php?id_topic=1 bagi mendapatkan senarai produk atau premis yang telah mendapat sijil halal HDC.

so after this, takder la was2 untuk makan


n last but not least chocolate ini juge.. heheh...



2 comments:

Ms. Omey said...

sharifah mariam kan? lame dah x jumpa..xtau la ingat lg x..schoolmate mase kat seta..

mariamsss.blogspot.com said...

omey83

kenal la..
muka tak berubah seh...
heheh...