Monday, May 11, 2009

TenTang IbliS...

tiba tiba terbaca tajuk nih iblis
n rasa nak post kat blog sendiri.. heheh...


Nama :
Iblis Laknatullah.

Tarikh Lahir :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status :
Fasik kelas pertama.

Agama :
Kufur.

Tempat Tinggal Di Dunia :
Di dalam hati mereka yang lalai.

Tempat Tinggal Di Akhirat :
Neraka Jahannam.

Kawasan Legarnya :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah Perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang-bengkok.

Isteri Di Dunia :
setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya.

Kaum Kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal Pusingan :
Angan-angan kosong.

Tempat Pertemuan :
Pasar-pasar(pusat membeli-belah).

Musuh Ketat :
Orang Islam yang beriman dan bertaqwa.

Kegemaran :
Melalaikan orang dari mengingati Allah,menggoda dan menyesatkan umat manusia.

Cita-cita/Matlamat :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke Neraka jahanam.

Kelemahannya :
Apabila orang membaca Istighfar.

Lambang :
Sebarang bentuk tatu.

Pejabat Operasi :
Tandas,bilik air,tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.

Rakan Kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba.

Perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.

Teman Sejawat :
Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah.

Berkomunikasi Dengan :
Orang yang suka mengumpat,mencaci,memaki-hamun,menghasut dan pendendam.

Makanan Kegemaran :
Daging orang mati,segala najis dan kotoran.

Yang Ditakuti :
Orang mukmin yang beriman dan beramal.

Yang Dibenci :
Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Alat Perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur dan seumpamanya.

Tempoh Perkhidmatannya :
Sehingga hari kiamat.

Saat Ajal :
Apabila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.

Yang Disukai :
Homoseksual dan lesbian.

Janji-janji :
Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya.

Yang Membuatnya Menangis :
Bila orang sujud kepada Allah.

Semoga dengan sedikit maklumat mengenai Iblis ini dapat membantu menjauhi daripada Iblis dan tipu helahnya di samping meningkatkan lagi ketaqwaan diri kita kepada Allah...InsyaAllah.
Wassalam.

"Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu dari syaitan yang direjam"

3 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Mariam,

Saya terfikir tentang kejadian Iblis. Pernahkah manusia memikirkan akan siapa yang menciptakan Iblis?

Bukankah Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua yang menciptakan Iblis dan Syaitan?

Allah pasti ada perancanganNya.

Jika setiap kesilapan manusia mudah sahaja kita persalahkan Iblis dan Syaitan, maka adakah keadilan?

Kita yang berbuat dosa dan maksiat, Iblis dan Syaitan yang menjadi kambing hitam kita!

Perlu dikaji semula tentang kelaziman menyalahkan Iblis semata mata.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala sudah tentu tidak akan mempunyai alasan untuk menurunkan Ayah kita Nabi Adam Alaihis Salam dan Ibu kita Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha kebumi ini jika tidak dirancangkan keengganan Azazil sujud kepada Adam ; dilarang memakan buah khuldi di Syurga ; kemudian disusuli dengan segala kejadian yang kesemuanya berlaku dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, bukan?

Maka kelaziman manusia mudah sahaja meletakkan segala salah laku keatas makhluk ciptaan Allah bergelar Iblis cuma satu usaha menghukum makhluk itu diatas kesalahan manusia sendiri!

Saya sudah lama tidak setuju dengan kelakuan ini.

Manusia harus berani bertanggungjawab diatas dosa dosa manusia sendiri ; bukan semberono sahaja menyalahkan makhluk Allah yang lain.

Ini pendapat saya.

Sekian.

Wassalamualaikum.

mariamsss.blogspot.com said...

MAHAGURU58 said...

tulah saya tak terpikir pon.
lepas MAHAGURU tulis, baru saya teringat n tersedar bahawa iblis dan syaitan adalah makhluk allah gak.. di situlah gunanya akal dan fikiran yang dikurniakan allah.
so kesimpulannya manusia kadang-kadang memang suka menyalahkan orang lain atas kesilapan sendiri n tak nak blame diri sendiri.

thanks atas pendapat n peringatan that ur give to me.

Basuh Baju said...

komen mahaguru terbaik. membuka minda saya..terima kasih..